Deepavali Datang Lagi.
Posted: October 25, 2011 Filed under: Uncategorized Leave a comment »Selamat menyambut hari Deepavali kepada semua panganut Hindu. Bila tibanya perayaan begini, tiba-tiba aku teringat pulak kawan-kawan India aku baik masa sekolah mahupun semasa berada di Uni dulu.
Kawan-kawan sekolah menengah seperti R. Nagathevi, K. Sujatha, Menakha (sudah lupa nama pangkal dia), Ganesh, Prem Kumar, Rohith Menon (I’m not sure if he is Sikh or whether he celebrating Deepavali), and a few others yang aku dah tak berapa ingat namanya tapi masih ingat lagi mukanya. Oh ya, Gabriel. Tapi aku rasa dia Kristian dan aku pun tak pasti dia sambut ke tak Deepavali. Kalau cikgu-cikgu pula seperti Cikgu Prema (Cikgu sejarah), Cikgu Jordhana Joseph (English teacher) (rasanya teacher ini pun Kristian la, based on her name kan?) dan ada sorang lagi English teacher (memang lupa nama).
Masa dekat Uni, yang aku betul-betul kenal sorang je. Her nama Nithyaa or Nithiyaa Nilamani (aku selalu fail eja nama dia, tak tahulah ejaan sebenar bagaimana). Aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Deepavali. Selamat bergembira dengan keluarga, saudara mara dan kawan-kawan.
Aku harap semua orang yang bercuti, berhati-hati di jalan raya.
Nak masuk contest sebenarnya..
Posted: October 21, 2011 Filed under: Uncategorized Leave a comment »FotoRaduan™ – Tema #01: “Jomblo”
Lokasi: Taman Laut, Pulau Tinggi
Masa: remang senja, suatu ketika pada tahun 2009.
Deskriptif gambar: Seorang budak lelaki sedang berkayak, keseorangan di remang senja. Semua orang yang berada di situ yang leka bermain air sudah naik untuk mandi. Hanya tinggal dia sahaja, sendiri.
*** budak tu penduduk asal pulau, Danial namanya.
http://perempuanjomblo.blogspot.com/2011/10/fotoraduan-intro-peraduan-foto-bersama.html
Aku sebenarnya macam pening pulak nak edit-bagai ni. Maklumlah, baru entry yang kedua. Haru-biru betul nak tempek gambar dengan letak link bagai. Adeh~ demi FotoRaduan™ oleh ladynoe ni, aku gagahkan diri jugak try and error sampai jadi!
First Post – Mukadimah
Posted: October 20, 2011 Filed under: Uncategorized Leave a comment »Aku sebenarnya masih sangat baru dalam dunia maya blogging ini. Tak berapa pasti motif untuk buat blog ini. Adakah nak buat blog masakan? Blog buku? Blog peribadi? (ini mungkin takla, peribadi kan. simpan sendiri ajelah) ke nak join contest? ke blog cacamarba?
Rasanya lebih suka dengan idea last tu cacamarba. Suka hati akulah nak tulis apa. Kalau rasa nak tunjuk resepi, tempek resepi. Nak ulas buku? Silakan..Nak tulis pasal hal peribadi yang tak mengaibkan diri-sendiri? Hmm..tulisla. Tempat nak meluahkan rasa dengan cara yang betul.
Aku memang suka merepek menulis ni. Nah, amek gambar ni. INI adalah entry percubaan.
*** bengang jugak aku, nak try and error upload gambar, memang asik error jek!



